:::Cara Pembayaran:::

MAYBANK AKAUN / 101049166714 / HAWA BINTI JALIL

p/s: Pos sebanyak RM15 per unlimited KG.Untuk kawasan semenanjung malaysia dan RM30 untuk Sabah Sarawak .

Wassap/Wechat/Telegram
Hawa - 019-3129806
Razali - 019-2668145
(Urusan Order/pesanan thru online Only, pos fix dan Penghantaran seluruh Malaysia/ Sabah Sarawak - Mudah/Cepat/Jimat/Selamat)

Borang Pesanan

Rabu, Disember 16, 2009

set bersalin sendayu tinggi RM386



Pakej 3 : RM386.00

~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)
~ Ammy Heat
~ Ammy Massage
~ Oil Of Telon
~ Tummy Tone
~ Body Tone 




Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci).
Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengambalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.

botol 1:Ammy Sixty Days (1-10 hari)
Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan darah tanpa rasa rengat atau sakit.


botol 2 :
Ammy Sixty Days (11-20 hari)
Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh.




botol 3 :
Ammy Sixty Days (21-30 hari)
Merapatkan otot-otot rahim dan tulang punggung selain membaikpulih luka dalaman setelah bersalin. Selain itu,ia memberikan ibu tenaga dan menambah darah.




botol 4 :
Ammy Sixty Days (31-40 hari)
Ubatan herba ini dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.




botol 5: 
Ammy Sixty Days (41-50 hari)
Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.


botol 6: Ammy Sixty Days (51-60 hari)
Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.

Ammy Heat
Minyak panas berwarna hijau ini diperbuat daripada ekstrak rumpai laut dan daun jemujur. Ammy heat akan digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

Ammy Massage (minyak urut untuk ibu)
Selepas bersalin, seluruh tubuh badan akan mengalami kesakitan. Ini adalah proses biasa bagi ibu yang baru bersalin kerana tenaga yang banyak diperlukan ketika meneran. Minyak ini sangat baik untuk ibu kerana sewaktu diurut ia dapat melegakan ketegangan otot, membetulkan urat-urat, menghalang badan dari dimasuki angin serta menghaluskan kulit. Selain itu ia mampu membantu melancarkan perjalanan darah, menjauhkan meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.

Oil of Telon (minyak bayi)
Bukan sebarangan minyak tapi ia diperbuat daripada herba terpilih. Minyak ini tidak panas sebaliknya sesuai digunakan oleh bayi. Keberkesanannya juga sangat mujarab, antaranya mampu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak (untuk sapuan luaran saja).

Tummy Tone
Ubatan herba berbentuk serbuk halus yang terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka ini dirumus khusus untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama dibahagian perut dan peha ketika mengandung. Disamping itu ia juga bertindak untuk mengecutkan otot luaran perut.
PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)

Body Tone
Body Tone diperbuat khusus daripada herba unik. Antaranya buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning yang dirumus khusus untuk mengembalikan kecantikan asal tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.


PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja.

Tiada ulasan:

:::Pautan Rakan Niaga:::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...